Choose language: English | Bahasa Melayu | Chinese
Soalan & jawapan umum untuk pengguna - SellK.com
Berikut adalah beberapa soalan beserta jawapan yang kerap ditanya untuk membantu anda memulakan pengiklanan.
  • Untuk pengiklanan, klik pada butang "SellK" atau "Post an Ad".
  • Masukkan maklumat produk/iklan (Tajuk, Harga, Kategori, Penerangan dan Lokasi) beserta foto.
  • Klik pada butang "Continue" untuk menyiarkan iklan anda. (Anda boleh menyemak status iklan anda di halaman profil melalui pautan "View All Listing")
  • Klik pada ikon "Login" dan cari pautan "Forgot Your Password?"
  • Masukkan ID pengguna atau alamat E-mel anda.
  • Semak akaun e-mel anda (pada paparan Inbox, SPAM / JUNK), kemudian klik pada pautan yang disertakan dalam e-mel untuk penukaran semula kata laluan.
  • Kata laluan yang baru hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tujuh aksara dan tidak boleh mengandungi sebarang ruang di antara. Sila gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol seperti ! "? $% ^ &) dan klik pada butang "Reset Password"
  • Untuk memudahkan carian, anda boleh menggunakan bar carian yang disediakan di bahagian atas laman web SellK.com dengan menggunakan kata kunci / lokasi / kategori.

Antara 3 sebab sekiranya anda gagal untuk mendaftar;

  • Nama pengguna yang anda gunakan mungkin sudah digunakan dan anda perlu memilih nama pengguna yang lain.
  • Alamat e-mel yang anda gunakan mungkin telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya permohonan anda ditolak, sila lihat dan fahami mesej yang dinyatakan.
  • Pengunaan huruf / simbol yang tidak sah atau mungkin ada jarak pada nama pengguna anda.
  • Iklan anda akan dipaparkan sehingga anda memilih untuk memadamkannya.
  • Layari dashboard anda dan klik pada pautan "View all listing", "Edit ads" dan kemaskini iklan.
  • Boleh klik pada produk yang diminati dan hubungi penjual dengan nombor telefon yang diberikan atau komen di bawah senarai iklan tersebut.
  • Anda juga boleh meminta maklumat lanjut dan foto-foto.
  • Hubungi penjual untuk membuat semakan / keputusan sebelum membuat sebarang transaksi - Pelbagai kaedah, antaranya melalui pemindahan bank & pos, melalui perjumpaan antara penjual dan pembeli / "Cash On Delivery".
  • Pastikan anda membuat semakan kaedah pembayaran dan harga barang dengan penjual anda sebelum membuat pembayaran.

Adakah ia selamat untuk membeli di SellK? Bagaimana saya boleh mengetahui sekiranya penjual tersebut melakuan penipuan atau palsu?

  • Kenalpasti dan baca penerangan tentang barang yang diiklankan. Bandingkan perbezaan antara harga barang yang diiklankan dengan harga pasaran dan kenalpasti perbezaan harga sekiranya barang tersebut adalah barang baru atau barang terpakai.
  • Tanyakan soalan kepada penjual. Contohnya, meminta penjual untuk memuat naik lebih banyak gambar untuk barang berkenaan dan resit pembelian terdahulu sebelum membuat pembayaran.
  • Dapatkan nama penjual dan nombor telefon.
  • Semak ulasan / testimoni penjual jika ada.
  • Kenalpasti harga produk yang diiklankan adalah betul dan sahih.
  • Membuat pilihan untuk berjumpa / pengambilan barangan secara "Cash On Delivery".
  • Semak sekiranya penjual sudah mempunyai kedai atas talian atau senarai iklan di laman web yang lain supaya anda boleh menyemak ulasan / testimoni dari pengguna yang lain.
  • Kenalpasti maklumat yang diberikan oleh anda adalah jelas dan betul untuk mengelakkan aduan dari pengguna.
  • Anda seharusnya menetapkan harga yang berpatutan dengan kualiti sesuatu produk untuk mendapatkan hasil jualan yang lumayan.
  • Muat naik gambar yang jelas dan betul.
  • Pastikan maklumat peribadi yang anda berikan seperti alamat e-mel dan nombor telefon adalah betul.
  • Semua senari iklan yang dipaparkan di SellK.com akan dikongsi secara automatik di akaun Facebook kami: FB.com/SellKcom
  • Terdapat butang "SHARE" (Whatsapp, fb, dan sebagainya!) pada setiap senarai iklan untuk memudahkan anda berkongsi produk baru dengan rakan-rakan dan keluarga.
  • Selain itu, anda boleh klik pada pautan setiap senarai iklan dan kongsikan pada rakan-rakan.(biasanya imej akan dimuatkan secara automatik)